" Anda telah membuat pilihan bijak kerana melayari blog kami "


Monday, 19 March 2018

KENALI SHAKLEE.




Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.  

Ucapan ribuan terima kasih & selamat datang kepada pengunjung kerana sudi melayari Blog saya ini, di samping anda semua dapat info dan ilmu yang boleh dimanfaatkan bersama.

Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Abdullah Faisal Hillaluddin, menetap di Putrajaya dan merupakan salah seorang Agent Distributor Shaklee 2018.

Berkecimpung dalam perniagaan ini bermula 2018 dan kini menjalankan perniagaan ini secara konsisten dan mengamalkan budaya membantu, memberi dan menyampaikan maklumat kepada anda semua secara ilmu yang jelas dan ikhlas.

Semoga setiap ilmu yang disampaikan ini dapat kita sama-sama manfaatkan sehingga ke akhir hayat dan sedikit sebanyak ia dapat dijadikan bekalan akhirat saya & anda semua nanti, Insyallah. 

APAKAH ITU SHAKLEE?
 

Sejak awal tahun 1980 lagi, perkataan Shaklee ini sudah sinonim dikalangan keluarga dan saudara kita. 

Selama ini kita mungkin tak ambil tahu apakah kebaikan dan fungsinya, yang pasti ia adalah suatu pil kesihatan yang mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik. Jom kita ikuti apakah itu Shaklee.

SIAPA DR. FORREST C SHAKLEE?

Beliau merupakan peneraju utama datang penubuhan dan pengasas SHAKLEE CORPORATION bermula pd thn 1956 lagi. Dgn memiliki ilmu berdasarkan sains, beliau berpendapat Sains dan alam semulajadi saling melengkapkan sekiranya ia digabungkan untuk menjadi bahan penawar kpd manusia.

Pegangan falsafah beliau adalah " Living in Harmony With Nature"

Justeru itu, maka tercipta produk suplemen berpunca bahan semulajadi dan pencuci yang mesra alam sekitar.
BIOGRAFI RINGKAS DR. FORREST C SHAKLEE 

Dilahirkan: November 1894
Tempat Kelahiran: Carlisle, Iowa
Penyakit dihadapi: Penyakit Tuberculosis( batuk kering) semasa kecil
Jangka Hayat kesan penyakit: 8 Tahun

Beliau bernasib baik, kerana hasil keputusan keluarganya berpindah ke utara Iowa dari Carlisles (tmpt perlombongan) semata-mata ingin mendapatkan penambahbaikan persekitaran udara yang lebih sihat bersama alam sekitar memberikan suatu keajaiban sembuh dari penyakitnya. 

Hasil drp itu, penyakitnya semakin terkawal sehingga seusia remaja tetapi penyakit itu ada sedikit memberi kesan terhadap prestasi nya berbanding org lain.



Bermula Sebagai Seorang Chiropractic Practitioner

 Forrest Shaklee mengunakan masanya dengan membaca dan membuat penulisan contohnya macam di majalah "Physical Magazine" yang mengolahkan bahawa dadah "ubat" hanya berfungsi menutup simpton sahaja dan bukan nya menyembuh dan mengubati penyakit. Beliau menyatakan manusia dapat diubati dengan kaedah semulajadi dan dari situlah beliau berminat dengan Science of chiropracticcare.

Sejak dari itu, beliau meneruskan pengajian ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J Palmer. Namun, ada beberapa perbezaan pendapat terhadap teori yang dipelajari yang boleh ditambahbaik dgn percaya bhw perlunya ada sistem yg lebih menyeluruh terhadap kesihatan badan.



Langkah Pertama Sebagai Seorang Nutritionist


Pada tahun 1915, Hasil kejayaan pertama beliau adalah menghasilkan suplemen di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan sebagai " Vitalized Minerals" sehingga dikenali nama sebagai Vitalea atau Vitamin. Justeru itu, ini adalah usaha dan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh beliau yang sewaktu itu byk mempelajari tentang biochemist dan kepentingan nutrisi.

Setelah itu, pada tahun 1917, beliau telah berpindah ke Fort Dodge, Iowa untuk membuka sebuah pusat rawatan alternatif yang mana menyediakan 32 buah bilik rawatan dan mempunyai 15 katil pesakit. Rawatan yang disediakan tidak tertumpu kepada beberapa kategori sahaja termasuklah osteopaths, chiropractors, internist dan juga pakar bedah. Kaedah rawatan yang dilakukan dengan memastikan pesakit  diberikanb diet yang penuh kaya dengan vitamin, dan kini semakin maju, berjaya dan berkesan. (telah diolah oleh Faisal.)


Dr. Shaklee Diuji Dengan Kanser

Kajian mempelajari mengenai pancaran X-Ray pada tahun 1921 memudaratkan dirinya pada akhirnya. Sumber yang diketahui adalah berpunca dari sakit pinggil kanan dan bahu kiri hasil kajian oleh doktor pakar kanser yang dijumpainya.

Sehubungan itu, ada pendapat menyatakan beliau terpaksa memotong lengan kiri dan kaki bagi mengelak ianya merebak. Kejadian ini memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Dalam masa yang sama beliau bakal dikurnia anak dan memberikan semangat motivasi yang tinggi dalam dirinya yang berpegang kepada " Saya akan hidup dan akan sembuh.Ubat yang diamalkan bergantung 100% dari tumbuhan asli.


Dr. Shaklee Melawan Kanser Secara Semulajadi

Menjadi keajaiban pada tahun 1922 belaiu semakin sembuh dan pulih. Tahap prestasi hidupnya semakin baik dan beliau semakin mendapat suatu kepercayaan bahawa dengan nutrisi semulajadi memberikan keajaiban untuk memulihkan sesuatu penyakit.

Bermulanya Bisnes Suplemen Dr. Shaklee

Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.

Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.


Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan mendapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

Penubuhan Shaklee Corporation

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, America percaya bahawa negara America adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, 
“Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”
Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.