" Anda telah membuat pilihan bijak kerana melayari blog kami "


Penyakit Endometriosis & Cyst

Masalah Cyst yang Dialami Ramai Wanita


 Cyst di bahagian rahim, yang lebih dikenali sebagai Endometriosis. Ia juga digelar sebagai “Chocolate Cyst” memandangkan rupa bentuknya yang seperti cairan coklat.
Endometriosis digelar “Chocolate Cyst” kerana rupanya yang berupa cairan berwarna coklat. *image googled*

Endometriosis? 

Kawasan di mana cyst kerap berlaku. *image googled*
Endometriosis adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu daripada selaput dalam rahim (yang digelar Endometrium), tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.
Dalam keadaan normal, lapisan Endometrium (womb lining) hanya berada pada dinding rahim. Lapisan ini biasanya akan luruh bersama-sama darah dan juga kuman-kuman bakteria sewaktu haid, dan inilah yang kita panggil sebagai darah kotor atau darah haid. Tetapi bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu dijumpai pada kawasan badan lain, terutama di dalam pelvis seperti ovari, salur Fallopio, permukaan rahim, sekitar pelvis, usus, rektum dan pundi kencing.

Apa yang menjadi masalah ialah, walaupun kedudukan lapisan endometrium ini muncul di tempat lain yang jauh daripada rahim, ia tetap bertindak balas kepada perubahan paras hormon pada tubuh wanita. Jadi, ketika haid berlaku, lapisan endometrium ini pun akan tetap tertanggal seperti biasa.

Namun masalahnya ia tidak mempunyai jalan untuk dikeluarkan daripada badan dan akan terkumpul di dalam badan. Keadaan ini jika dibiarkan akan menyebabkan kesakitan, keradangan/inflamasi di kawasan sekitarnya, terbentuknya scar tissue dan cyst, dll. Bergantung kepada letaknya cyst tersebut, ia juga boleh mengganggu fungsi biasa organ-organ yang berada di dalam ruangan pelvik itu.

Sebenarnya, sebab utama terjadinya endometriosis masih belum diketahui sepenuhnya. Namun ada kemungkinan ia disebabkan oleh salah satu daripada hal-hal berikut :
  • sistem imun yang lemah
  • sisa bahan toksik yang masuk ke dalam badan
  • faktor genetik
  • ketakseimbangan hormon – pengeluaran hormon estrogen yang berlebihan mungkin menjadi penyebab kepada pembentukan cyst.
  • dll.
Apa yang pasti adalah hormon estrogen sememangnya terlibat dalam merangsang pertumbuhan dan juga pendarahan pada tisu-tisu endometrium ini.

Simptom endometriosis

Endometriosis boleh menyebabkan masalah pada wanita seperti :
  • rasa sakit ketika berhubungan intim
  • senggugut, sakit belakang/sakit pinggang yang teruk ketika haid
  • mengganggu kesuburan
  • pendarahan yang terlalu banyak ketika/di luar waktu haid
  • rasa sakit ketika buang air kecil
  • dll.
Walau bagaimanapun, simptom yang dialami adalah berbeza bagi setiap individu, bahkan ada juga yang tidak menunjukkan sebarang simptom langsung hinggalah pemeriksaan dilakukan dan didapati yang ia mempunyai Endometriosis (seperti yang saya alami).

Rawatan untuk Endometriosis

Oleh kerana paras estrogen yang tinggi boleh merangsang pembentukan endometriosis, menurunkan paras hormon ini dilihat dapat membantu. Dalam kes saya dulu, doktor mencadangkan supaya hamil dalam masa terdekat untuk menyekat pertumbuhan cyst tersebut.

Maklumlah, bila hamil, wanita tidak akan didatangi haid, jadi masalah berkumpulnya [darah+ lapisan endometrium yang luruh] tadi akan terhenti buat seketika.

Masalahnya ialah, cara ini hanya bersifat sementara dan keberangkalian untuk cyst terjadi semula tetap ada apabila haid kembali seperti biasa selepas melahirkan.
Pil perancang keluarga. *image googled*
Dalam keadaan tertentu, doktor mungkin mencadangkan penggunaan ubat-ubatan seperti Danazol etc bagi menghentikan simptom-simptom Endometriosis dengan segera. Walau bagaimana pun, rawatan menggunakan ubat-ubatan ini mungkin memberikan kesan sampingan seperti kembung perut, pertambahan berat badan, hot flashes, masalah jerawat, dan sebagainya. Selain itu, terdapat kaedah rawatan lain yang juga turut diamalkan seperti penggunaan ubat-ubatan yang kuat, painkillers, pil-pil  hormon, pembedahan dll.

Cara perubatan konvensional ini sememangnya membantu melegakan masalah Endometriosis dengan segera namun ia tidak sepenuhnya menghilangkan punca masalah, dan ada kebarangkalian bahawa masalah cyst tersebut akan berulang semula di kemudian hari.

Jadi, salah satu cara yang dianggap membantu masalah cyst selain rawatan konvensional ialah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat termasuklah pengambilan suplemen semulajadi untuk kesihatan yang lebih menyeluruh.

* Rujukan : Herbs2000.Com, WebMD.Boots.Com

Pengalaman mempunyai endometriosis

Sebenarnya kami mengambil masa lebih 4 tahun untuk conceive walaupun tidak mengamalkan sebarang kaedah perancang keluarga. Saya ingat lagi, ketika itu saya baru saja disahkan mengandung kali pertama, tetapi rasa gembira tidak lama bila doktor memberitahu tentang keadaan cyst saya yang agak besar, sekitar 5cm. Ia agak mengejutkan kerana sememangnya saya tidak mengalami sebarang simptom aneh sebelum ini.

Doktor juga berkata bahawa ada kemungkinan cyst tersebut boleh mengganggu kesuburan oleh kerana kedudukannya yang berada berhampiran rahim. Dan bertambah menyedihkan lagi, kandungan itu turut mengalami keguguran sejurus saya pulang ke rumah pada petang hari yang sama.

Laparotomy (open abdominal surgery) *image googled*
ALhamdulillah 6 bulan selepas itu ditakdirkan ALlah saya hamil kali kedua (anak pertama kami). Doktor sendiri agak terkejut, kerana dengan masalah cyst saya tue sebenarnya berisiko untuk menjejaskankan kesuburan. Alhamdulillah endometriosis di bahagian rahim saya telah pun selamat dibuang melalui pembedahan (open abdominal surgery dengan bius separuh badan) ketika kehamilan berusia 15 minggu.

Walau bagaimanapun, sekalipun cyst telah dibuang, ia tetap berkemungkinan untuk berulang semula. Jika wanita itu hamil dalam masa setahun selepas pembedahan, kemungkinan untuk berulang agak kecil. tetapi jika tidak hamil dalam masa dua tahun, kemungkinan untuk berulang agak besar.

Dengan takdir Allah saya hamil anak kedua semasa si abang berumur hampir setahun. Jadi tiada pertumbuhan semula cyst yang dikesan pada ketika itu, Alhamdulillah. Namun, memandangkan anak bongsu saya pun dah berusia 4 tahun, bererti risiko untuk masalah cyst berulang semula tetap ada. Sebab itulah saya mula mengambil langkah-langkah awal untuk mencegahnya daripada berulang. Kita mungkin tiada masalah cyst buat masa ini, tetapi itu tidak menjamin kita akan terus `bebas` daripada cyst pada 10, 20, 30 tahun akan datang.

Untuk mengetahui bagaimana produk Shaklee dapat membantu tubuh kekal sihat, sekaligus menurunkan risiko untuk mendapat sebarang masalah cyst, boleh baca entry berikut ya.  ^o^
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Cyst Dikesan Gara-gara Ambil GLA Complex

Cyst Dikesan Gara-gara Ambil GLA Complex

Lapan tahun lepas, buat pertama kalinya saya dikhabarkan oleh doktor yang saya mempunyai cyst. Endometriosis, to be exact. Saiz pun dah melebihi 4cm (saiz sebenar saya ingat-ingat lupa). Padahal saya memang tak rasa apa-apa simptom yang pelik-pelik yang boleh buat saya syak rahim saya ada masalah. Tapi Allah jadikan kehamilan pertama…
4 September 2014
In "Cyst/Fibroid"
Bagaimana untuk Mengelak Cyst dan Fibroid daripada Berulang

Bagaimana untuk Mengelak Cyst dan Fibroid daripada Berulang

Pernah dengar tentang penyakit "cyst" atau "fibroid"? Kini, semakin ramai wanita yang pernah atau sedang mengalami penyakit-penyakit ini. Saya sendiri pernah disahkan mempunyai "Endometriosis" yang lebih dikenali sebagai "Chocolate Cyst", berdekatan dengan ovari kanan ketika berumur 25 tahun. Diameter cyst tersebut sekitar 5 cm, namun Alhamdulillah doktor mengesahkan ianya tidak berbahaya (benign).…

No comments:

Post a Comment