

Kebanyakan daripada kita hanya pentingkan penggunaan cleanser dan moisturizer kan? Itulah salah kita sebenarnya… Kita lupa tentang kepentingan penggunaan sunblock, sedangkan ianya membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah terutamanya di negara beriklim tropika seperti negara kita.
**UVA/ UVB (Ultra violet A/ Ultra Violet B) sila rujuk sini>>>

Ikuti Langkah Ini & Elak Iritasi!

Okay! Sebelum kita bercerita dengan lebih mendalam tentang sunblock yang sesuai untuk kulit wajah anda, Apa kata anda lakukan 3 langkah mudah ini terlebih dahulu.
- Pertama:
- Sila pastikan anda tahu jenis kulit anda sama ada ianya tergolong dalam golongan kulit kering, berminyak atau kulit kombinasi.
- kedua:
- Jika anda mengalami alahan, kenal pasti jenis bahan dan produk yang mungkin menyebabkan alahan anda menjadi teruk.
- Terakhir:
- Pastikan skincare yang anda gunakan adalah selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia. Bukan apa, takut nanti bila guna sunblock jadi breakout yang teruk pada wajah sebab wujudnya reaksi kimia.
Kenali Wajah Anda! Kenali Kelemahannya!

Lepas anda dah buat semua step di atas, sekarang masanya admin nak kongsi tips macam mana anda boleh pilih sunblock yang sesuai dengan kulit wajah anda. Ini penting untuk pastikan penggunaan sunblock mengoptimakan lagi perlindungan sedia ada kulit wajah anda.
Ada tiga tips penting yang perlu anda tahu tentang penggunaan sunblock. Admin bahagikan untuk beberapa jenis kulit.
- Kulit kering:
- Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada
formula melembapkan kulit wajah. Ada beberapa bahan yang digunakan untuk
melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau
bijian macam almond. Selain itu, anda boleh juga check sama ada produk
tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik
untuk kulit.
- Ada tiga jenis sunclock yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk krim, minyak atau losyen.
- Ambil perhatian! losyen likatannya lebih pekat berbanding krim. Jadi jangan salah pilih.
- Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada
formula melembapkan kulit wajah. Ada beberapa bahan yang digunakan untuk
melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau
bijian macam almond. Selain itu, anda boleh juga check sama ada produk
tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik
untuk kulit.
- Kulit yang mempunyai alahan/ berjerawat/breakout:
- Untuk part ni panjang lebar sikit admin kena jelaskan. Harap bersabar baca ye! Bagi anda yang ada masalah alahan pada kulit ni, elakkan je terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Tengok ja ada bahan yang tak okay terus ja reject!
- Bagi yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan
macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau
boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti.
Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda
perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh
jadi iritasi.
- Elakkan penggunaan produk dari jenis gel ye… Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.
- Kulit yang mempunyai tona tak sekata/ kulit gelap:
- Mesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock. Jangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Make sure sapu dengan rata tau!
Nak Hasil Mengujakan? Pilih Produk Bersesuaian!

Ini cuma cadangan. Anda boleh cuba beberapa sunblock yang di senaraikan ni tapi sila pastikan anda dah baca semua label kandungan bahan dalam produk-produk ini terlebih dahulu dan kenal pasti jenis kulit anda.
SPF 50++

Harga Hermo: RM 65.90
SPF 50++

Harga Hermo: RM 32.00
SPF 35++

Harga Hermo: RM 31.50
SPF 50++

Harga Hermo: RM 34.00
SPF 50++

Harga Hermo: RM 46.75
Kenapa admin kata mcm tu? Tangan kita ni kadang-kadang ada kuman walau dah basuh bersih tau! Disebabkan produk ini hanya perlu di spray pada wajah jadi dapatlah anda hindarkan kuman yang tak sepatutnya melekat pada wajah tu.
Harapnya tips ini dapat bantu anda semua buat pilihan produk yang betul. Admin cadangkan beli di HERMO sebab mereka ada promosi dan harganya jauh lebih murah. Tapi yang penting anda jangan beli membuta tuli. Buat kajian dan baca terlebih dahulu review produk ye. Selamat mencuba semua.
No comments:
Post a Comment